Thursday, April 15, 2021

ramadan tiba

assalamualaikum and hi! :)

yoshh bersiaran lagi kita.
setelah sepurnama (kot) haha.

alhamdulillah, we're still alive, we're still breathing.
means ada banyak kesempatan untuk kita up amal ibadah sepanjang bulan mulia ni.

yezza ramadan is here! *happiness index meningkat*
sempatlah terawih sekali kat surau kejiranan hari tu.
sekali je ye, sebab lepas tu hari pertama puasa je dah cuti puasa. (pukul 4 petang pulak tu - HAHA)

syukur tahun ni kita boleh berterawih kat masjid/surau.
ikut SOP.
hari tu pergi, ada QR code, scan suhu & kena bawa sejadah sendiri.
jemaah pun limited; 100 muslimin dan 50 muslimat per day, siapa cepat dia dapat, siapa lambat ketinggalan :P
surau kejiranan ni, hanya yang berusia 15 tahun ke atas je dibenarkan.
lepas tu, solat pun jarak2 1.5 meter.

first night terawih tu, i came before isyak.
dok pusing cari parking.
sampai-sampai, dah dapat nombor hampir 40 kot. mujurrr.
tu pun kena solat kat belah luar (dalam ada aircond and carpet haha. tapi luar sejuk, sebab hujan sebelum tu)
sambil terfikir, ni kat dunia pun dah kena solat luar.
yang belah dalam tu darjat lagi up la kot sebab sampai awal. dapat aircond lg.
kat akhirat kang camne la darjat kita-kita ni. insof seketika.
hari tu perut macam berangin-angin sepoi-sepoi je HAHAA
sebenarnya dari semalamnya lagi. tak tau la makan apa. spaghetti je kot.
asyik nak terkentut sana sini *laugh hysterically tapi tutup mulut versi sopan-tak-berapa-sopan jugak*
so dok berlari jugak kt surau tu ambik wuduk balik.
sebabnya ikut SOP, patut wuduk dari rumah je.
kalau tak boleh hold, baru wuduk kat surau.
sebab nak elakkan orang bersesak-sesak gitu.

first night of ramadan, imam cakap warm up, kita buat 8 je.
agaknya hari-hari seterusnya 20 balik.

ni, kalau korang tak uzur and boleh solat,
nak pesan, pi la terawih jemaah, lepas tu buat 20.
nanti tengok balik after sebulan.
badan korang akan jadi fit, tak tipu woh.
cuma tang buka puasa tu makan berpada la.
kalau tidak, mengantukkk.. tu yang cobaan besar tu haha.

ai is bangun biasa 4.30 pagi time bulan-bulan lain.
jadi alhamdulillah, ramadan ni tak terasa sangat mengantuk sebab memang time tu ai bangun.
cuma waktu tidur tu la.
acik ni dah tua, tidur pun jam 10 malam.
so semoga bertahan daripada mengantuk waktu malam tu.
tips dia: try tidur tengah hari. hihii. power nap, mat salleh kata.

since skang ni xboleh puasa, kita bangun 4.30 pagi jugak macam biasa,
masak untuk husb & ariana yang berpuasa.
cuci baju pun sempat. (skang memang selalu cuci baju pagi-pagi buta)

buka puasa, sy tak kisah masak atau beli. tak rigid. huahaha *dasar malas :P*
cuma harapnya bila membeli tu, tak terbeli makanan yang aji tumpah selori haha
mengantuk nanti woh (tips untuk yang nak terawih jugak ni)

setakat ni, baru sekali masak dan sekali ke bazar ramadan putrajaya
(ramadan baru masuk hari ketiga woih, what dya expect? :DD)



BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA

haa ni la nak cerita keadaan kat bazar ramadan putrajaya.
semalam.
patut balik ofis awal, tapi sebab dok sibuk berdiscuss dan berbual dengan bos2 di bilik bos,
tengok-tengok jam dah pukul 5.30 petang.
maka memecutlah daku ke bazar.
jem dia jangan cakaplah.
waktu-waktu camni, dah nak pukul 6, manusia memang berjela.
parking apatah lagi.

so kita park kat parking berbayar.
dekat je, mengadap bazar, belakang bangunan PPj (maybank).

ye dekat, tapi nak queue tu, kena berjalan sampai ke masjid sultan mizan nun! (masjid besi)
bayangkannn *mulut menganga*
nak cakap "nasib baik ai tak puasa hari ni, banyaklah tenaga nak beratur.".. tak jugak.
sebabnya ai is tak makan seharian! dah serupa orang puasa je hahaha
bukan sengaja tak nak makan, tapi semalam memang ofis tak jual makanan. kedai tutup.
so sambung.
beraturlah kita dengan umat manusia sekalian.
time tu ada YB menteri mana yang baru sampai kat pintu masuk (obviously tak yah queue. VIP kan)
tak sure menteri mana. tapi kalau bazar ni, either menteri asas tani atau KPDNHEP.
diorang cakap PM pun ada turun semalam. tapi tak sempat jumpa kot, ai sampai dah rembang petang.
haa diskas lagi lama-lama. padan muka :P

tapi laju la queue tu bergerak.
laju sangat, tak sempat nak buat igstory banyak-banyak sambil beratur tu. hihi
sambil-sambil mendengar omelan orang belakang dan orang-orang di pintu masuk bazar tentang ketibaan menteri.
standard la menteri jengah.
rakyat malaysia ni kan, ada je yang tak puas hati.
menteri turun padang bising, tak turun padang pun nanti dikatanya tak buat kerja.
serba salah kan. haha

and standard jugak bila dah masuk bazar jam 6 petang tu,
kebanyakan gerai hot stuff dah sold out la makanannya.
i mean banyak lagi gerai buka, tapi ada juga sebahagian dah habis.
yang penting, sy nampak gerai ayam mat rock masih beroperasi ye. cayalah! (next time la beli)
so semalam tu beli..
1. air kelapa kat gerai seri wilayah (ni orang ofis jual. kita kasi support sikitt) MYR5.50
2. laksa johor local hut untuk diri sendiri MYR10
3. sate sarah ampang, husb kirim. MYR1 ayam, MYR1.20 daging. babahnya kata saiz kecik dan ayam keras.
4. chicken chop untuk ariana MYR10
5. asam pedas kot husb nak makan sahur MYR8 seketul

tu je sy beli. haha
tips ke bazar: bawak shopping bag.
senang nak hangkut semua makanan masuk dalam 1 beg, instead of jinjing banyak-banyak.
boleh kebas jari, wooohh.

tu je la kisah kita ke bazarrrr.
selamat berbazaria, gais.
hari ni insyaAllah nak try tgk bazar dengkil pulak.
mungkin kurang lelahnya, sebab bazar dia sederet je.
nanti kita story mory insyaAllah next time kalau ada umur, and kalau rajin. huahaha


AMALAN XTRA (selain wajib) SEMASA RAMADAN:

1. solat terawih - 8, 12, 16, 20 rakaat
2. baca al-Quran/tadarus
3. zikir
4. ceramah/majlis ilmu/bacaan agama
5. sedekah - subuh, makanan, barang/kurma