Saturday, February 28, 2015

degrade

now sy tengok makin menjadi-jadi pulak kat fb (selalunya page media yang banyak likers) dengan posts mengutuk perempuan.

perempuan selfshot kat social media =  kena kutuk
perempuan buat wallpost dia nak lelaki yang boleh tanggung make up cost dia = kena kutuk
perempuan cakap banyak dilabel as berleter = kena kutuk
perempuan kuat merajuk = kena kutuk
gambar-gambar perempuan pakai ketat-ketat / nampak breasts besar = kena kutuk dengan komen-komen lucah
perempuan dan cara drive kereta = pun kena kutuk


semua kena kutuk.
fine, mana yang salah tetap lah salah.
tapi lepas tu semua yang bijak sangat kat dalam fb tu (lelaki or perempuan, sama je yang tukang komen) start to make this assumptions yang perempuan semua macam tu.
hence berganda lagi kutukan dapat.

geramnya hoih baca komen orang-orang macam ni!


eeeee geramnya ai!!

tapi ada jugak yang masih reasonable.
ada juga golongan lelaki yang betul-betul intelligent ni back up.
contohnya kes perempuan suka selfshot kat fb/insta, dikatakan tak sesuai dibuat isteri. tak ada orang nak.
ada lelaki yang back up ok, katanya adakah benda macam tu dijadikan ciri mencari isteri? for real?
kita semua ada ibu, kakak, adik perempuan.
of how wise kita semua nak degrade perempuan yang selfshot gambar sendiri dengan statement macam tu?
i have lots of girl friends, yang dah kahwin, tapi suka selfshot.
ada je orang nak tu. dah kahwin ada anak lagi. kan.

secara tak sedar memang kebanyakan lelaki kat social media suka degrade perempuan.
(sometimes some women pun, did join them. kutuk berjemaah).
adakah kita masih di zaman jahiliah bila anak-anak perempuan dianggap tak elok / tak baik dsb?
being treated like they don't matter?

kadang yang pakai menjolok mata, make up tebal semua tu,
kalau nampak tak betul, nasihatlah dengan baik.
ni semua pakat kutuk and siap dengan ayat-ayat lucah.
ada jugak kutuk dengan gaya-gaya i'm holier than thou.
now siapa sebenarnya yang tak bertamadun ni?

tolonglah.
jangan anggap semua perempuan rendah nilainya.
then siap screenshot wallpost orang, or even buat graphic post, buat bahan untuk post kat page untuk dikomen dan dikutuk beramai-ramai. (tau je la kat fb tu lagi ramai tukang kutuk daripada yang tukang bagi komen membina).
kononnya nak semua orang ambik iktibar.
to the heck with ambik iktibar.
nak malukan dan degrade orang lain je sebenarnya kan?

bawak-bawaklah beringat.



thanks for reading! :)

tentang ultrabook dan buku

happy sabtu, peeps!

pagi-pagi ni terima satu berita tak berapa nak gembira;
cousin kepada husband had an accident malam semalam.
tak tau apa berlaku, but now dia tengah pembedahan sebab ada kaca di dalam mata.
hopefully semua ok and hopefully anak-anak dia pun ok.
terima kasih fb sebab kitorang dapat berita ni dan updates dengan cepat.
kita doakan semuanya selamat. aamin.

//

hari tu kan sy sibuk mencari ultrabook.
beria dah nak beli dell xps 13 sebab zomg temptingnya!
lepas tu terserempak pulak dengan ultrabook lain yang sama alluringnya. this beauty :

zomaigarddddddd *cakar dinding dengan kuku* :'DDD

acer aspire s7.
exterior dia memang lawa nak mamP!!
(sebagai seorang yang rupalistik, itu penting. cough cough)
love does blind people by the beauty. lolx

lepas tu sy buat spec comparison antara keduanya.
dan hasilnya...

xps 13 jugaklah yang menang! haha
dari segi ketahanan bateri, resolusi skrin etc.
adoyai tak jadi dah nak beli aspire s7 yang gorgeous itu.

masih di dalam list gwe. *wink*
next step sekarang adalah mencari kedai yang dapat jual dengan harga paaaling murah.
(bukan kedekut tapi smart buyer. kahaha)


ni pulak buku-buku yang sedang dibaca sekarang :

1. CATATAN MAT LUTHFI

sesiapa sukakan intelligent humour yang dipenuhi grafik menarik, ni lah bukunya untuk korang.

sila jangan salah faham kalau nampak buku dengan kartun/grafik. some people assume it's just for kids. nope. dive in and see for yourself. i take it as an art ;)



2. CINTA ADA DI SINI

wani e is a typical girl that reads lovey dovey malay novels??!
think again.
ye sy ni pembaca buku dari zaman sekolah rendah dan tadika lagi.
tapi sy tak baca semua lovey dovey malay novels ye.
sy pilih-pilih jugak mana yang best je untuk dibaca.

sebagai contoh, novel 'cinta ada di sini' by sha ibrahim.
memang ada kisah cinta dalam ni, tapi lebih fokus kepada kisah kekeluargaan.
of how watak utamanya kehilangan her mom and kena tinggal dengan bapaknya seorang billionaire dengan abang-abang kembarnya. (mak/bapak divorced and tinggal asing2)
masalahnya bapak dengan abang-abang dia macam buat dekk je kat dia and abang-abang dia tak suka dia datang ke situ. (walaupun masa kecik dulu diorang sangat kamceng)
of how watak utama ni memberontak naik motor besar bagai.
siap pandai break dance lagi. haha

tapi sorrylah buku tebal gila macam ni memang ambik masa sikit nak baca.
dah lama kot beli, tapi sampai sekarang baru half je habis baca.
sy ni jenis baca sikit sikittt sebab kebizian buat kerja lain. haha

can't wait to finish this.
bila baca, serupa tengok drama je. lolx




that's all for now.
thanks for reading! :)

Friday, February 27, 2015

a secret (hideout) eatery

aicewah, kemain tajuk.
tapi memang ye pun baru-baru ni husband ada bawak ke satu tempat makan yang best.
tempatnya warung biasa aje pun.
tapi menjadi tempat rahsia kitorang.
sini makanan sedap sangat, affordable (harga standard) dan suasana open.
kedai orang klate.
not going to characterized people,
tapi tak dinafikan yang orang klate masak sedap. ahax.

if ever korang pernah datang sini,
boleh tahan sedap kan? :D


husband ordered mi hun tomyam. pekat gile kot kuah tomyam dia. yummms.

husband cakap biarlah tempat ni jadi tempat secret.
tengoklah warung bunian (kat area kajang eh?)
walaupun tersorok, famous gile.
so semua orang berpusu-pusu nak datang makan.
penuh memanjang.
jadi bagilah peluang kitorang untuk makan dengan tenang tanpa trauma melihat rakyat putrajaya yang super ramai itu :P
itu pun lepas kitorang datang, ramai jugak yang datang and hampir penuh meja-meja.
tapi masih selesa untuk makan.


maggi celup sedap nak mamP.



sate ayam pun sedap nak mamP. lolx

sate tu harga standard 80sen secucuk.
tapi sebab sedap sangat, tak kisahlah 80sen pun. haha








nah peep sikit gambar warung dengan husband di depan. lolx. kot la korang terserempak kedai ni one day.


tata tutu!

jammed keluar parking

jalan nak keluar dari ofis ada satu je.
jalan sama yang dikongsi oleh our office, next door office dan pelawat (dari parking pelawat).

hari ni time nak keluar lunch hour,
telah menyaksikan jam yang over panjang sangat weh.

sempat la snap.

sambil tunggu line bergerak,
sempat lagi baca buku mat luthfi dalam kereta.
(i read the book A LOT on putrajaya's road. sebab lama menunggu traffic lights. bahaha).

hayatilah penyeksaanku tadi. ohokhokk
:B


ni baru keluar dari parking basement.. naik ke atas.



waiting.. .. zzz.



ni kat simpang ada lagi kereta-kereta lain nak keluar. jalan keluar adalah jauh lagi di depan. great.



harap in future development di mana-mana lah sekalipun,
tolong consider buat 2-3 jalan keluar / short cuts.
lolx

Tuesday, February 24, 2015

chobaan!

gelak guling.
beria pergi pasar tani balik ofis tadi.
dengan jammednya yang ridiculous.
pusing 3 kali baru jumpa parking.
ended up lepas park kereta..

..purse tertinggal kat ofis!

deng!!

ended up balik rumah masak sardin dengan telur.

lolx.

gulai daging bawang goreng

few days ago ada try masak gulai daging bawang goreng.
namanya begitu sebab time lepas tumis rempah tu, masukkan bawang goreng untuk pekatkan kuah.
and rasa dia memang superb.
rempah adalah rempah gulai kawah yang dibeli di pasar payang, kuala terengganu. campur sikit dengan rempah kari.
santan pun tak pakai banyak mana.
orang lain biasanya akan guna rempah gulai cap bunga ros dengan rempah masak cap bunga ros.
(kat putrajaya ni tak tahu mana nak cari rempah bunga ros. ada tu kat pasar or mana-mana tapi tak jumpa sebab tak cari. lolx)

nah photos. xD

yumminess sedap hoih. bukan puji sendiri masak tapi memang gulai masak macam ni sedap. hihihu



hola, gulai daging!



makan bersama nasi and sayur bayam goreng.



close up.

tu je lah. haha

babai!!

Monday, February 23, 2015

sunway lagoon time!

cuti-cuti ni kitorang ke sunway lagoon, meng-tan-kan kulit. ahaha
ye musim panas dah bermula.
dah start rasa bahang-bahang and dahaga gile.
pergi mandi kat sunway lagoon pun rasa heaven je sebab sejuk kena air.
plus CNY ni sunway lagoon ada harga promosi.
bayaran masuk from 100 lebih untuk adult, jadi RM90 je.
tak ingat sampai bila promosi ni,
tapi time musim panas and promo ni la masa yang sesuai nak ke sana.


bawa ariana main air.

kitorang stay kat sunway tower hotel.
kalau tengok kat internet, hotel ni 4 bintang.
may be location dia strategik gila, connecting dengan lagoon dan mall.
tapi kitorang masuk situ tak terasa macam 4 bintang pun.
bilik punya la kecik. iron pun tak de.
nak iron kena pergi ironing room. serupa hotel 2 bintang.
view bilik pun kalau superior, tak ada view sangat.
tingkap sealed mengadap ke dalam bangunan tempat orang makan.
jyeah 'seronok' sangat tengok view tempat makan. lolx
(dah request nak view lagoon tapi tak ada. may be bilik besar-besar ada).
so may be next time tak ada kot nak stay sini.
alang-alang nak bayar lebih, better la stay kat sunway resort and spa.
sebelah je. *cough cough* :P


main di gigi-gigi air. ni tempat yang ada wave.



bawak ariana naik slide.

since bawak budak kecik,
tak ada la nak naik gelongsor laju pakai pelampung besar tu.
zaman remaja ria dulu boleh la.
kali ni kita bawak tempat-tempat selamat untuk budak-budak aje. hahaha


ariana dan trend suka melompatnya. tak tau takut langsung. risau pulak ai.



wani e.



lepas mandi pergi tengok haiwan-haiwan pulak kat taman hidupan liar dia.



yeah. i dunno who that is :P



time ni ariana dah macam nak tidur dah. memang time dia tidur tengah hari pun.



naik jambatan gantung. time ni ariana dah fall asleep.

ni 2nd time naik jambatan gantung sunway lagoon.
serun jugak la nak pandang bawah.
orang bungee jump pun kat area situ.
seram wehhh.
tapi sy ambik jugak gambar and video kat atas tu.
seram-seram diketepikan seketika. lolx

dan untuk penutup,
disudahi dengan video meerkats comel gile
ouh i love meerkats!
mereka sungguh comel,
lagi-lagi bila berdiri dan memandang ke hadapan.
tapi laju betul diorang jalan.
kalah ai! HAHAH

till then!



Saturday, February 21, 2015

about ariana

ariana.
kalau nak minum susu sure cari bantal landing punya.
kalau kat kedai tau pulak minum sambil duduk.

ariana.
even time tengah mamai minum susu sambil tidur,
lepas habis minum,
dia akan bangun, pergi kat mama,
hantar botol susu tu and back to sleep.

ariana.
walau luas mana pun tempat,
kalau nak landing,
sure menyelit jugak kat mama/babah.

ariana.
dari kecik umur berbulan,
kalau makanan yang dia makan terkeluar dari mulut,
dia takkan biarkan bersepah tepi mulut.
dia akan masukkan balik. dengan neatnya.
sampailah sekarang.

tapi dia punya aktif bukan main.
lari 100x100.
lompat tak perlu galah.
lolx

that's ariana. xD

helo, ariana bariana!

ikan selayang rebus

sy tak tahu asalnya ikan rebus ni dari mana.
since mama yang ajar buat ni,
i assume it comes from pantai timur, or terengganu.
sebab tok yam (my nenek) pun suka rebus ikan, panggang ikan.
kadang dia masak je ikan tu dalam microwave. haha

rasa macam dah lama tak makan ikan rebus goreng.
so hari tu beli lah ikan selayang 4 ekor kat pasar.
minggu ni minggu diet ikan. makan ikan je banyak.
nak detox. haha


ikan yang dah kering direbus.

senang aje nak buat ikan selayang rebus ni.
(oh btw ikan selayang = ikan sardin)
boilkan air sikit, garam, gula dan asam keping.
lepas tu masukkan ikan. rebus sampai masak / air kering.
tu sebab jangan letak air banyak sangat. nanti hancur pulak ikan.
dah kering boleh angkat and simpan dalam tupperware.
letak dalam fridge.


masukkan dalam tupperware.

then bila-bila rasa nak makan,
boleh keluarkan dan goreng.
seriously dia akan jadi ikan goreng yang garing dan sedap!
pastikan time rebus tu letak garam yang mencukupi.
kalau letak sikit sangat memang tawar la ikan ko. hihi
letak garam gula secukup rasa.
kadang orang pantai timur suka makan cicah budu kan.
sy tak makan budu sangat.
so sy makan dengan nasi panas and kicap. wuah. kecur liur.


ikan selayang rebus yang dah digoreng.



macam biasa. taruk kicap please!! hihi

selamat mencuba!
(kalau nak cuba :P)

ariana balik jumpa atuk & nenek (& onkol)

sebenarnya ni photos hari khamis lepas.
kitorang datang singgah shah alam kejap before my family bertolak balik kampung.
bawak si ariana bariana jumpa atuk nenek onkol (uncle). lolx

recently ni susah betul nak capture gambar still ariana.
semua penuh dengan pergerakan. kecuali time dia tido.
sabarkan je la. :D

nak cerita pasal ariana ni.
dia ni memang suka nak (so-called) tolong orang.
kang kita tengah menumbuk dengan lesung kat dapur, dia pun sibuk nak menumbuk. siap buat rampasan kuasa lagi kat lesung tu.
or sometimes dia capai penyapu penyodok / vacum, sapu sini sana. sapu cara dia la. hahah
satu lagi dia suka tolong 'kemas' baju, bawak masuk baju seluar yang kita dah lipat ke dalam bilik, to put em in the cupboard.

so hari tu husband kerajinan tolong lipat baju-baju kat living room.
sy kat dalam bilik tengah solat.
husband bagi baju-baju tu (dia bagi sikit-sikit) kat ariana sebab ariana beria nak bawak masuk bilik.
if not kalau tinggal kat depan, nanti ariana mesti nak ambik jugak bawak masuk. ended up nanti selerak balik la baju-baju tu. hoo
so gigihlah budak tu bawak masuk. kedek-kedek. haha
sebab biasanya kalau dia bawak masuk, mama dia (me) akan standby untuk ambik and masukkan dalam almari.
then dia nampak sy tengah solat kan.
laju-laju dia datang and BUK!
lambakkan baju-baju tu kat tepi sejadah.
lepas tu dia keluar balik ke living room nak ambik baju lain. whatttt
hahahaa
there goes kekhusyukan solatku ke laut. akaka :'B


makan maruku dengan atuk.



sakitlah badan nenek, ariana bariana panjat2 macam ni oiii.



jyeahh!!



tak mendapatnya nak tangkap gambar decent still dengan budak ni. fuahaha



harith buat dekk je.



sometimes tengok tv. sometimes.

the only digital thing she's attracted to is.. the nursery rhymes on the PC.
or sometimes animation movie kalau sy pasang kat tv.
phone tu tak berapa sangat. *nasib baikkkkk* *tadah tangan syukor, hopefully berterusan HAHA*
sebab ku tengok ada budak-budak baya dia (tengok kat mana lagi, kat facebook ye. anak-anak kawan-kawan lolx),
baru setahun dua tahun dah addicted main smartphone, tab.
makpak siap belikan phone dengan tab sendiri lagi untuk anak-anak.
kitorang memang tak de la eh nak belikan.
bukan kira mampu ke tak mampu.
bersepah artikel bitau keburukan tab ni kat budak-budak kalau tak de supervision. heck no.
tapi kang esok dah masuk sekolah ada pengaruh rakan sebaya tu, tak tau la.
harap dia grow up dengan normal la; main sports, tengok serangga semua tu. hahaha
(belakang rumah kitorang ni hutan. so macam-macam serangga ada kat dalam rumah ni :P)

tertidur kepenatan. haha

sekian.



p/s : mykad ai hilang. alahai risaunyaaa!

Thursday, February 19, 2015

food entry on CNY

selamat tahun baru cina!!
and happy holidayyyyy. hihi


credits: google & the owner.

cuti hari ni tak ke mana.
just balik ke shah alam kejap pagi tadi;
jumpa family before diorang gerak balik kampung kat terengganu.
kasi ariana bariana jumpa sama nenek atuk semua.
asyik-asyik dia "nenek! atok! onkol! (uncle)"
maka kita bawaklah dia jumpa nenek atuk and onkol dia. bahaha

entry ni lebih ke arah koleksi photos makanan (macam biasa HAHA)
photos yang dikumpulkan dibundlekan sekali dalam satu entry.
dari hari bila punya photo, sy tak ingat.


ikan kembong masak pedas with ikan-ikan goreng dan telur dadar.

sebenarnya best makan ikan pedas ni.
tapi sy tak boleh makan kerap sangat, sebab ada belacan.
belacan menjurus ke arah zits. so. lolx


my humble asam pedas, upclose :B



ni pulak lauk favourite; ikan selar kecik goreng. dengan bayam masak bening.



ayam kampung masak kicap.



ikan senangin dengan sos cap mae pranom yang baru beli.

sedap woih sos baru ni.
rasa pedas-pedas manis.
berapi kalau makan.
if malas, boleh tuang terus atas ikan yang dah digoreng.
if rajin sikit, tumis2 la bawang serai dedaunan semua, baru masukkan sos ni.
tapi memang sedap gils!


serius tak tipu. kalau jumpa kat kedai sos untuk ikan goreng cap mae pranom, silalah beli!



ikan-ikan bakar. marinate pakai sos pedas manis di atas. punn sedap gils! cicah dengan cili kicap.









hari tu ada share resipi ketam masak lemak kan. ha ni lah dia! :D



ikan goreng, telur dadar. tapi kali ni dengan kuah asam pedas lebih, yang beli kat ofis.



ikan and telur dadar.



kauh asam pedas lebih (beli kat ofis)
ni pun asam pedas beli yang sy selalu beli. HAHA
sedap ok!
cuma now stop sekejap la sebab tak boleh makan banyak-banyak.
sayangi muka. kihkih


cucur ikan bilis, guna tiga jenis tepung.



sedap!



nasi goreng dengan sayur kacang botol.



ikan jaket masak kicap. haha jaket katanya. macam budak asrama pulak :P



ikan kerapu masak pedas.



breakfast pelbagai; nasi impit rendang ayam, karipap dan kambing bakar.

kambing bakar tapau lepas balik kenduri aqiqah sarah dania (anak cousin) hari tu.
sy memang minat kambing bakar daripada catering uncle sy ni.
dagingnya lembut and tak pernah lagi rasa sedap macam ni, even yang jual banyak-banyak kat pasar tu pun tak boleh challenge. hihi
fyi sy bukanlah pemakan daging kambing.
rasanya kambing ini je kot yang sy makan. hahaha
thumbs up.



ayam kampung masak merah, sayur campur.



ayam masak merah upclose.


ok habis dah.
more entries later.
nak rehat-rehat lah.
tata!!