Sunday, March 30, 2014

AEON big yang sesak

bukan AEON big je,
tapi the whole alamanda (mall) sesak! :P

ni lah dilema kami yang tinggal di putrajaya *cewahh*
nak pergi beli barang rumah,
yang terdekat ada alamanda je.
dalam alamanda ada dua big market chains; AEON big dengan cold storage.
cold storage tu memang tak la,
harga berganda-ganda mahalnya (tapi ramai jugak orang membeli. orang kayaaa :D)
pilihan yang tinggal.. AEON big la.
so bila AEON big jadi pilihan kitorang,
tak mustahil (dah memang pun!) ia menjadi pilihan families lain kat putrajaya ni
yang dahagakan tempat membeli barang rumah. wah haha

(sebenarnya kalau tak mendesak, sy rela tunggu balik shah alam shopping kat tesco atau AEON big shah alam. lagi selesa. lolx)

so jumaat lepas me, husband, ariana pergi ke AEON big, alamanda.
jumaat lepas = 28hb.
28hb = hari lepas gaji = every 28th AEON big bagi diskaun 5% untuk setiap barang = SUPER RAMAI!! *insert icon muka terkejut sambil pegang pipi*

AEON big, alamanda ni kalau ramai orang,
sesak dia memang sesak sungguh.
sebab lorong-lorong dia agak kecil.
orang queue nak bayar sampai ke belakang, sampai ke rak-rak barang belakang sana.
if tesco, ramai macam mana pun, ruang queue dia luas.
and kaunter dia siap ada garisan.
diorang takkan biarkan customers queue panjang-panjang melebihi garisan.
(ecehh compare dengan tesco pulak :DD)

sambung.
lepas tu kitorang pun berhentikan troli kat tepi rak febreeze.
husband tengah fikir-fikir nak beli mana satu.
tiba-tiba lalu akak ni dengan family dia.
bawak troli jugak.
tiba-tiba lalu kat tepi kitorang, dia cakap kuat-kuat
"TAUFIQ, RAMLI, (ni nama anak-anak dia. sy tak ingat nama so sy letak je la taufiq dengan ramli ye. wah haha) .. KALAU KAT SINI JANGAN BERHENTI TENGAH-TENGAH JALAN, HALANG LALUAN ORANG."
wahh sentap kitorang.
walaupun mungkin la betul jujur ikhlas dia cakap kat anak-anak dia,
tapi vision kitorang kuat (hah jangan main-main, kitorang ada vision ok! lolx) mengatakan yang dia saja nak tujukan kat troli kitorang yang tak de pun halang laluan dia sebab dia sekeluarga boleh lalu dengan troli-troli dia sekali.
mungkin dia stress orang ramai.
mungkin dia stress tengok kitorang (as part of orang ramai).
entah. HAHA

being a civilized people, kitorang buat tak dengar je la
sambil sambung berbincang pasal febreeze.

tak lama lepas tu,
masih di lorong yang sama (ye kitorang masih melihat febreeze di situ :P),
lalu la troli family lain pulak.
tak pun diorang nak komplen troli kitorang kat tepi rak febreeze.
diorang lalu relax je.
tiba-tiba sampai di hujung lorong,
akak daripada family yang baru lalu ni tegur (bukan tegur kitorang)
"boleh tepi sikit tak?"
dia cakap boleh-tepi-sikit kat troli akak first yang bising-bising jangan halang laluan tadi!
WAH HAHAHAHAAAA
time tu sy dah gelak-gelak dalam hati.
padan muka kan, paku dulang sangat!
dia nasihat anak-anak dia jangan berhenti halang laluan orang,
dia sendiri melintangkan troli dia kat laluan keluar.
tah apa-apa ntah.

time tu la husband cakap kat sy,
"dia cakap tadi jangan halang laluan, dia sendiri yang buat." (lebih kurang camtu la)

kesimpulan and moral of the story;
kita semua kena bersabar time sesak dan orang ramai macam tu.
tolerate and jangan asyik nak blame orang je.
kan.
hahaha
hope you learn something from this, akak ;P

time husband beratur nak bayar kat bawah,
sy naiklah atas kejap nak beli hadiah untuk sedara yang baru melahirkan anak.
dah ambik dah hadiah tu..
tapi tak jadi beli mengenangkan queue panjang gile babun sampai melingkar-lingkar ke belakang!
AEON ni pun, dah tau 28hb orang ramai,
bukak kaunter 2 keping je.
dah tau rakyat putrajaya ni makin ramai dan ramai dan ramai kan.
so sy turun baliklah.
turun tu tengok husband masih beratur. lolx
maka beraturlah kami sehingga tiba di kaunter bayaran..

-CERITA TAMAT-

Friday, March 28, 2014

the new 'baby'

kalau dah masuk hari jumaat ni, merata orang hashtag TGIF TGIF. lolx
ye, bersyukurlah dah hari jumaat.
hari hujung minggu merehatkan diri.

macam-macam event ada weekend ni.
belon panas, the big bad box (macam big bad wolf, tapi konsepnya korang beli kotak berharga RM80-RM100, then isi banyak-banyak buku dalam kotak tu sampai boleh tutup) dan macam-macam event lain.

dari hari tu tak sempat-sempat nak cerita.
we have a new gizmo in the house, yaw! ;)
it's an all-in-one desktop (AIO) , berskrin 23 inci dan berwireless sini dan sana (erk mouse dengan keyboard je ponnn over ko, wani) :B


it's a dell! :)

asalnya nak beli sony tap 21 (AIO jugak) tapi kehabisan stok.
tunggu punya tunggu tak sampai-sampai stoknya.
and ingatkan sony dah tak keluarkan stok baru.
last-last lepas buat comparison sana sini,
terbelilah dell inspiron 2350 ni.. hoahaha *petir*
beli online dan dell hantar terus ke rumah.
tak sampai sebulan pun order dah sampai. coolio! xD


husband tengah main game. lolx

ye husband suka main computer games.
despite the game-fondness and all,
kalau sy mintak tolong dia apa-apa in the middle of the game,
dia akan stop dan tolong.
house chores la kebanyakan. hihi (love ya so much, husband!)


gambar this morning; ariana masih tidur time nak ke taska. zzzzz kata ariana :P

that's all for now.
nanti kita cerita lagi.

daa!

Monday, March 24, 2014

MH370 whereabout

tiba-tiba ada press conference on MH370 pukul 10 tadi.

AAIB UK (air accidents investigation branch) melaporkan yang hasil analisis diorang, kapal terbang MH370 last sekali terbang ke laut hindi and ended there.

sy tak tau apa yang sebenarnya berlaku menyebabkan flight tu terbang ke sana atau apa berlaku kepada penumpang and anak-anak kapal, but i hope for the best. whatever best Allah planned for us. pray for MH370.

husband menulis kata-kata sokongan di board PRAY FOR MH370. i did too.

birthday mama

assalamualaikum, everybody!! xD

sebenarnya 16 mac 2014 hari tu adalah sambutan birthday mama sy yang ke-54.
HAPPY BIRTHDAY, MAMA!! love ya!

so hari tu kitorang pergi celebrate makan kat shah alam convention centre.
ye kat dalam tu ada tempat makan. hah ha


tiga sekawan.. hey hey! :P eh silap. ni tiga sekeluarga. lolx



ariana, harith and nenek (birthday lady).

talking about mama,
dia adalah sorang yang awesome.
selalu menasihati sy tentang hidup.
sorang yang menjaga kesihatan (makan oat. tak macam sy, pagi-pagi makan goreng-goreng hah ha)
sorang yang selalu up kan amal ibadatnya.
sorang yang super gigih taking care of everybody.
seriously dia jaga ariana, my daughter adalah lebih teliti daripada sy sendiri jaga.. kiki.
mama jugak adalah pemurah and tak pernah berkira.
and her cooking is delicious, too!!
i don't know which one is the best, cuz everything is my favourite! :)
so here goes to mama;

semoga mama panjang umur, murah rezeki, sihat walafiat
dan dirahmati Allah selalu.


us. time ni zits bermaharajalela sebab makan seafood tak ingat dunia berhari-hari. hahaha


ariana memang super aktif hoih. tepuk sana sini. anak siapalah tu. rofl.



spag milik husband. creamy.



kwey teow goreng mama. uuuuu.



mee goreng mamak di pinggan sana. mee goreng mamak dia memang win! gila sedap!!



husband nak makan kek. ini kek red velvet dia :)



ariana's doing her 'job'. haha



"hoorah!! happy birthday, nenek!!"



dua orang yang cantik jelita. wuah haha :'D

ok dah, bye! ;)

Tuesday, March 18, 2014

PENANG TRIP PART 3 : MAKAN-MAKAN

hyep!

sy kembali lagi *fuahaha* dengan cerita penang trip sy.
yang ini memang episod makan-makan je.. jamin! :P

makan-makan kali ni banyak kat area georgetown.
luar georgetown memang tak sempat.
(ohh mee udang teluk kumbar!! lain kali la ye! hehe)

now.. teruskan!! xD

hidangan on flight; nasi beriyani bukhara ayam. memang favourite sy ni ^^


yang ini husband punya.. sate ayam.


cangg!! buat alas perut di dalam kapal terbang :)

MAKAN 1 : CENDOL

bila dah sampai penang,
harus la cari cendol teo chew yang famous tu.
mula-mula salah tempat, ok!
nampak street stall jual cendol, ramai orang kerumun..
mamak yang jual..
ingatkan itu cendol teo chew.
lantas beli segelas. lolx

salah gerai, ok! ai pergi gerai cendol pulut ni. HAHAHA


berjaya dapatkan segelas daripada crowd yang ramai! stress beli cendol orang kerumun macam tu.



bergembira, kononnya dapat cendol pujaan hati. rupanya cendol famous selorong lagi di depan! ;P




iklan sebentar; ini jugak famous.. ais tingkap. di lorong sebaris dengan gerai cendol pulut tadi.


rasanya ais tingkap ni adalah sirap selasih sejuk.
tapi sy tak beli sebab dah ada segelas cendol di tangan.
tangkap gambar je la.. ;)

berjalan beberapa langkah ke depan,
akhirnya sy terjumpa gerai cendol teo chew yang famous!
dang!
perut dah penuh minum cendol-silap-gerai.
tapi sebab dah sampai kan.
cuaca pulak panas.
memang elok sangat lah kita beli cendol lagi! hihihi

this is the right look of.. me. finding the famous street cendol stall.

suasana kat lorong tu memang tak dapat digambarkan..
super ramai orang!
yang beratur di gerai cendol teo chew,
yang di gerai cendol pesaingnya just across it.
yang berdiri ramai-ramai sambil hirup cendol di lorong.

tapi sy malas nak makan cendol sambil berdiri kat situ.
i read about the famous assam laksa at the same alley.
kat 'kedai hijau'.
so fikir, sambil makan cendol, sambil makan assam laksa.
twas a match made in heaven gitu :P
kedai hijau ni beberapa langkah di depan gerai cendol teo chew je.


nah! few steps je dah sampai! lolx

masuk je dalam,
and order cendol kat situ.
nanti diorang akan ambikkan dari gerai cendol tadi.
jangan risau, kedai ni halal. cendol pun halal. :)


di area gerai cendol teo chew ada joo hooi cafe. yang ni pun beratur jugak orang membeli char kwey teow.

tapi sy tak berani nak beli la char kwey teow.
in case depa ada letak lard (lemak babi).
so tengok je la suasana meriah manusia membeli dan beratur.
nice! :)


first time sampai tu ingatkan kena order kat gerai cendol.

so sy gigihlah beratur seperti gambar di atas :P
dah sampai kat depan tu,
orang jual cendol cakap,
kalau nak makan kat kedai hijau,
order kat situ je.
lohhhh
kalau la ku tau dari awal... -_-"

suasana di dalam kedai hijau. semua tengah syok hirup cendol.

time sampai tu assam laksa dah habis.
diorang cakap tengah masak kuah baru.
kitorang pun cakap tak pe la, kitorang tunggu.
jauh datang ni nak makan assam laksa :P
sementara tu order cendol dulu.
memang superb weh cendol teo chew.
tasted so nice.
tak manis sangat, tak tawar sangat.
sesedap rasa. fuhhhhhhh

nak dapatkan tempat duduk ni pun agak hazab ok. orang ramai sangat!!



orang kedai yang friendly tangkap gambar gegar. semua gegar :P terpaksa selfie sendiri. bahaha



here it is! the famous teo chew cendol, penang. ko takkan menyesal makan! hihi ;)









kitorang pergi sini dua kali.
first day and second day.
sebab first day tu assam laksa tengah masak baru kan.
tunggu punya tunggu tak siap-siap.
tu yang second day datang balik semata-mata nak makan assam laksa. lolx


MAKAN 2 : ASSAM LAKSA


verdict : super sedap di alam semesta!!

(sebab sedap sangat maka gambar pun lebih sikit.. hahaha!)

this is.. heavenly.. delicious!!!




sedap bak hang!



ohh assam laksa kedai hijau pujaanku!! ^^



iklan iklan..... kat kedai hijau jugak ada jual rojak buah! looks yummy isn't it? :)



kalau datang penang lagi, insyaAllah akan makan lagi. HAHA



yang dalam sudu tu budu kot. kot. campur sekali dalam laksa and makan. yums!


MAKAN 3 : NASI KANDAR

nasi kandar famous kat georgetown, penang ni ada dua.
satu nasi kandar line clear.
satu lagi nasi kandar beratur.

kitorang sempat rasa nasi kandar line clear.
sebab location adalah super dekat dengan hotel tempat menginap.
just a step away. ecewah.

ini yang sy makan. nasi putih, ayam rose, udang kari dengan telur.


kedai nasi kandar line clear ni bukak 24/7.
sy and husband pergi time ni dalam pukul 4-5 pagi. huahaha
bangun pagi tiba-tiba lapar kan.
terus keluar cari nasi :P

tapi pagi-pagi buta macam tu ada nasi putih je la.
nasi beriyani starts at 10 a.m.

ini la rupanya kedai nasi kandar line clear di siang hari.

kedai ni terletak di antara 2 building kedai.
memang beratur kalau nak membeli.
cuma kalau macam kitorang datang pukul 4-5 pagi, tak ada lah beraturnya.
haha


again, lauk nasi kandar ai ;)


ini antara yang dihidangkan di kedai nasi kandar line clear.



meleleh-leleh kuah-kuah. sloppy habis! xD tapi yang sloppy tu la yang biasanya sedap. slurpp!! :P

and nak tau kenapa nama dia nasi kandar line clear?
sebab ada pakcik ni tiup wisel sambil buat gaya 'line clear!' dengan tangan dia.
bayangkan kitorang datang pukul 5 pagi tu pun dia boleh lagi buat aksi macam tu.
siap ajak tangkap gambar lagi.
hahaha. funny :D
and somewhat a good promo, too.

ni lah pakcik yang kukatakan tadi :P




MAKAN 4 : ROTI CANAI TRANSFER ROAD

orang cakap kalau datang penang sila try roti canai jalan transfer.
yang ini pagi-pagi lepas sarapan kat hotel,
kitorang pergi cari.
haha
(memang silap la beli baucer makan breakfast kat hotel. tapi nak buat macam mana, kena guna jugaklah baucer tu. hasilnya, penuh perut makannnnnn je! :P)

nak ke kedai roti canai ni menapak jugaklah.
lokasi ke arah belakang kawasan hotel.
lepas tu ke kiri sikit.
yang penting jumpa stesen minyak dulu.
lepas tu ke depan sikit, jumpalah kedai roti canai transfer road :)


kedainya memanjang di sepanjang jalan transfer.



memanjang sampai ke belakang! xD


my beloved hubby. melayan la wife dia nak pergi sini sana kan. haha


teh tarik!

sy sangat la jarang minum teh/kopi sekarang.
sebab kesihatan katanya hahaha
but this is an excuse.
makan roti canai,
dengan teh tarik.
such a true malaysian. teehee

ini la pakcik-pakcik di sebalik kejayaan roti canai transfer road yang super famous.


katanya pakcik janggut putih tu la pioneer roti canai ni. idop pakcik! ;)



ours.



si kacak overload. ditangkap gambarnya oleh si cantik overload. bahaha *pengsan muntah 100x sebab perasan sangat* :B

dan yang dinanti-nantikan telah tiba!!


roti canai transfer road!! xD

yang istimewanya roti canai transfer road ni adalah pada kari ayamnya.
haa hambik kau kari ayam sepinggan dia bagi dengan quarter chicken!
memang kenyang tobat la makan.
pulak tu baru lepas kenyang makan breakfast pakai kupon baucer hotel.
kenyang macam nak pengsan la kiranya lepas tu HAHA


you must try this!












tengah nak membayar. sepinggan harga RM7.50. haha


MAKAN 5 : AYAM TANDOORI KAPITAN

yang ini pun wajib cuba.
mulanya nak ke restoran kapitan kat area masjid kapitan.
tapi jauh sangat dari hotel.
naik beca pun tak sempat nak singgah sebab mengejar masa.
so malam sebelum balik semula ke shah alam,
kitorang meet up dengan kawan lama, firdaus.
dia la yang bawak kitorang ke kapitan.
tapi bukan kapitan kat masjid kapitan.
yang ini cawangan dia kat gurney tower.

gurney ni kawasan orang kaya.
mungkin macam bangsar kalau kat KL.
tu yang nampak restoran dia macam up sikit. hehe


ni la restorannya. kitorang duduk kat belah luar, ambik angin.



tu husband tengah berborak dengan firdaus.


taraa! sy order tandoori garlic naan.

sedap sangat weh!
tak pernah sy makan ayam tandoori sesedap ni!
serius rempah dia memang rasa lain macam sedap daripada tandoori kat kedai lain.
masa tengah taip ni boleh pulak terasa lapar. hahaha


husband order tandoori cheese nan. dia memang suka segala yang sangkut paut dengan cheese ni. haha


close up the awesomeness.
so kalau ke georgetown lagi,
kemungkinan besar sy akan singgah makan ayam tandoori kapitan ni.
sebab memang sangat sedap!!










gambar bukti tengah makan. hoahaha

MAKAN 6 : JERUK

jeruk ni sebenarnya souvenir yang perlu/mesti/wajib (tapi tak lah dosa :b) dibawa balik dari penang untuk sedara mara and sahabat handai.
kat penang memang terkenal dengan jeruk-jeruknya.
paling famous adalah jeruk pak ali.
baru-baru ni sy terbaca berita yang pengasas jeruk pak ali ni baru meninggal dunia.
innalillah.. al-Fatihah.

nah, ni gambar ketika bershopping di kedai jeruk pak ali :)

bukan gambar di kedai jeruk, tapi gambar tengah jalan kaki nak ke kedai jeruk. haha



basically kat area jalan penang ni, kitorang jalan kaki je. semua dekat. haha

so kalau nak sangat dekat dengan sumber makanan macam kitorang,
bolehlah stay kat hotel cititel.
itu yang paling dekat kot.
ada jugak hotel-hotel bajet lain di sekitar.
tapi sy tak ingat namanya.
paling dekat yang kat sebelah hotel cititel.. nama hotel town something. haha


kat sekitar area tu memang banyak kedai jeruk.



cangg!! sampailah kita di kedai jeruk pak ali. nampak tu punya ramai orang.


sebenarnya beli timbang lebih murah. tapi sebab nak hadiahkan as souvenir kepada orang ofis, sy beli yang siap dah paket kecik-kecik macam ni. RM10 untuk 4 paket.



akak kedai tengah pack kan jeruk.


jeruk-jeruk semua diletakkan di dalam tupperware besar macam ni.


MAKAN 7 : LAIN-LAIN

lain-lain ni seperti makan breakfast kat hotel.
hoih memang rugi ni beli baucer breakfast kalau datang ke penang
*sy laungkan sekali lagi!* :P
siap beli untuk dua hari. great. just great. haha

tapi time beli tu sy terfikir nak beli sebab tengah chinese new year.
kot la kedai makan kat luar tak bukak.
rupanya kedai makan semua bukak ok!!
(may be first day CNY je yang tutup).

tapi breakfast kat hotel not bad la. what dya expect? :P



contoh plate. boring je nampak kan. makan tepi jalan jugak yang best! HAHA



kemudian kita ada KFC di airport.. ;) yang ini husband yang beli.






jadi tamatlah sudah pengembaraan makan-makan kitorang kat penang.
penang is food heaven, no doubt.
and of course ada banyak tempat lagi kitorang tak pergi dan banyak lagi makanan tak dirasa.
contohnya ada mee pata hamid yang famous kat area batu feringghi *tak sampai ke sana*
jugak mee udang teluk kumbar *seberang. tak sampai jugak*
jugak mee kuah ketam simpang tok kun *dah lama nak try ni wehh* yang berada kat bukit mertajam.
char kwey teow penang pun tak makan! sebab tak tau mana nak cari kedai halal. lolx
(ada tau satu kedai halal, tapi tak tau area mana pulak. and malas nak cari. hahah)
and kedai pakcik sendiri (puncak mutiara cafe) pun tak singgah, sebab kat seberang jugak.

tak pe semua ni may be next time.
sebab dalam masa 3hari.. eh no, 2 hari lebih ni mustahil la dapat pergi semua tempat untuk makan.
there must be next episodes coming!! hihu!


cya again, penang!! (view dari tingkap bilik hotel)