kihkih
hari tu try buat eksperimen letak watermark blog merentasi photos.
macam semak la pulak.
*tergolek*
ok fine lepas ni buang watermark ataupun letak kat tempat yang tak nampak semak.
at the bottom ke. atau mana-mana je lah.
tapi entry ni masih ada watermark tu.
sebab pending entry. lolx
ni kisah wedding raja. sabtu lepas.
akad nikah, then tengah hari terus kenduri kendara :)
|
the KGMA members (tanpa adi). |
adi tak datang hoih.
dia balik kampung and terbeli tiket flight selepas wedding habis :P
ok korang yang selama ni baca this blog mesti kenal raja, kan?
kawan karibunnahku yang kenal sejak zaman belajar kat univ,
sama-sama ambik interview PT*D, sama-sama jadi PT*D, sama-sama satu ofis.
bagus sangat jodoh. kahkihkuh.
and last saturday raja telah melepaskan takhta single,
menambahkan lagi ahli pembina masjid di planet ini ^^
dengan siapa beliau berkahwin? jengjeng.
alah tengok photos dulu weh! xD
|
jemput retardlook photosnaps, diakhiri dengan muka orang normal. hahaha |
sebenarnya banyak lagi gambar gila, tapi dalam phone atolness.
*hoit atol, cepat sikit uploadnya!*
|
hadiah yang sy bagi kat raja. |
|
tiga orang awesome. all in blue. |
yoshh kami memang pakat-pakat antara ahli KGMA (kecuali raja), pakai biru on that day.
ai bukan banyak baju biru.
satu ni je kot?! HAHA
kena tingkatkan jumlah baju kurung biru la agaknya lepas ni.
baru kusedar.
btw.
sambung kisah wedding raja.
sy drive sorang ke rumah raja di hulu langat.
helo welo, wani e is pakar sesat forever sesat.
tapi kini tidak lagi! MAH HAHAHAA
*confetti*
sejak adanya GPS dalam handphone, sy telah gunakan se-max yang mungkin!
dengan bantuan GPS, akhirnya muncul di depan rumah raja dalam pukul 8.45pagi macam tu.
sebab 9.00pagi katanya majlis akad nikah.
tapi lewat sikit sebenarnya, not 9. dalam 9+++ macam tu.
|
maaflah, dapat snap gambar dari belakang je sebab sy duduk kat belakang dia. ekeke |
|
haa ni la husband raja! azhari namanya. orang ampang. |
|
makhluk berdua yang meninjau akad nikah dari tepi tangga. |
semangat they all berdua ni! haha
siap update wedding raja kat instagram.
atol kata nak jadikan macam live update. siap ada hashtag #asyzhariwed (betul ke weh ejaanku ni??)
sy tak dapat check la sebab tak de instagram.
nak download dan sign up, tapi tak terdownload-download sampai sekarang.
tak pe lah, yang penting ada live update tu ;)
|
time sarung cincin. |
lepas dah habis akad nikah tu,
time kitorang lepak bertiga, baru kitorang perasan!
"weh, tak de cium dahi pun tadi!"
ye, tak de cium dahi. batal air sembahyang adalah dengan sarung barang-barang kemas. haha
oh.
mereka sah diijabkabul tepat jam 10.10 pagi, 19 oktober 2013.
alhamdulillah~ :)
|
sebahagian daripada hantaran yang sempat sy snap. 11 and 9. |
raja ni kental ok.
lepas majlis akad nikah tu, time salam peluk cium family tu,
dia tak menangis pun.
punyalah brother2 photographer tunggu moment dia menitiskan air mata tu.
tak de! mak dia pun tak nangis. hihi
menurut brother2 photog, yang nampak sebak adalah bapak raja dengan ada la sekali gambar husband raja yang ala-ala sebak. raja tak sebak.
lepas majlis, raja menerangkan kepada kitorang yang dia nak sebak, tapi dia tahan sebab tak nak kena 'bahan' dengan kitorang.
apakahhhhhh
hahaha.
|
hazlin and atol. |
|
'tangga' katanya. hahaha |
lepas habis tu, kitorang lepak kejap bilik raja.
sambil budak berdua tu berbisingan di dalam bilik.
"bilalah pulak turn kita ni."
lebih kurang gitu kata lin yang bersandar kat tepi pintu bilik.
"calon pun tak de." balas atol. halah ai tau tipu budak berdua ni.
ntah-ntah calon keliling kan. kihkih
so lepas lepak kejap tu,
dalam pukul 12, kitorang turun untuk makan kenduri.
raja tengah bersiap untuk bersanding semua.
ok bukan la bersanding.
more to salam restu dengan tangkap gambar kat pelamin.
sementara raja sibuk dengan mak andam dia,
kitorang sibuk tangkap gambar kat area khemah.
|
cheezeeeah!! |
|
pentangkap gambar unggul. |
|
macam justice pao pun ada dengan gaya tangan begitu. |
|
ni ha raja datang melepak lepas habis akad nikah.. ni sebelum dia pergi bersiap untuk sanding. cun kan raja. cunnn. tapi she is taken! no no nooo *jari telunjuk melambai kiri dan kanan* |
|
sempat pulak tu tangkap gambar. hoi duduk diam-diam la, raja! pengantin kena duduk bajet sopan. hahaha! |
|
atol dah start pening. low blood katanya. |
|
hazlin 'kembar' sama mukaku.. hihi. dulu la. sekarang lin lagi slim daripada ai. |
sy ni kalau pergi kenduri,
memang menunggu ayam masak merah je.
hoyeahh ada ayam masak merah!
*starjump*
let's eat, baybeh!
|
tajuk gambar ni; kebahagiaan jelas terpancar. ekeke |
|
minum ucap selamat untuk raja!! |
|
lepas tu nadya (dua dari kiri) muncul! xD |
nadya turun dari KB semata-mata nak ke wedding raja ok.
lin pun. kudos untuk kesungguhan mereka meraikan wedding ni!
*tepokan halilintar*
catching up dengan nadya.
oh rindunya rakan debateku ini.
macam lama kot tak jumpa dia.
kalau duduk terengganu dulu tu, dapatlah jugak jumpa kadang-kadang.
then nadya kirimkan itik plushie untuk ariana.
so thoughtful of you, nadya! thank youuuuu, you you! :)
|
nah wedding cake raja&azhari. lovelyyy!!! |
|
ni time bergambar kat pelamin. |
kitorang-kitorang kat bawah ni rasa macam nak lambai-lambai kat raja.
lambai pun dia tak nampak side kitorang kott (sebab tengah bergambar).
"raja, senyum hoi!" kata atol & lin.
sebab muka raja serius. hihi
lepas-lepas tu baru senyum :P
|
bagai pavlova dibelah dua. ecewah. |
|
the newlyweds. ^^ |
|
ni time bersantap. |
lepas habis makan, jumpa raja kat meja pengantin..
dalam pukul 2.30 petang dah time tu.
kitorang pun gerak balik.
balik pakai GPS lagi.
then berjaya sampai shah alam. ahaha
congratulations on your wedding, raja & husband!! :)
welcome to the marriageland!
love each other, cherish each other.
semoga dirahmati Allah and happy ever after.
tata liputan wedding raja!! xD