Monday, January 31, 2011

handphone tag

hey xD
telah di-tag oleh syiro.. siri-siri handphone yang pernah dipakai sepanjang panjang tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah.. erk. itu 'sepandai-pandai' kan. PANGG!! *bangun, wani!!*

ohaha. ok. mari kita mulakan!! :D

my first, ever handphone!! *tepukan halilintar* SIEMENS C45. dapat phone ni time masuk univ. time sekolah memang tak dapatlah barang-barang teknologi macam ni. menganga je tengok kawan-kawan lain pakai nokia batu-batan (3210) kat sekolah. time tu terasa phone ni sangat cool sebab skrin dia kaler oren. agak rare lah sebab time tu ramai orang skrin kaler kuning, tak pun biru :P lepas tu dari mula pakai sampai ke akhir hayat phone, pakai ringtone yang sama HAHAHA. memang cinta sama ini handphone. sesuai dengan namanya, baling ke dinding pun tak pecah :P






lepas tu beli handphone ni pulak.. nokia 6610. upgrade sikit sebab skrin ada kaler.


masalahnya handphone ni sebab kalau jatuh, dia ranap. nokia kan. biasalah. haha. lepas tu ada tukar flipphone, motorola tapi tak ingat model weh.. tapi zaman univ jugak. flipphone ni kelakar sebab bila tangkap gambar keluar bunyi itik. QUACK!! gila glamour punya handphone!! hahaha



tukar lagi, sebab flipphone tu masuk virus dan seumpamanya. corrupt kot. tukar kepada motorola v3i. handphone ni stylish sikit sebab nipis & flip some more. sangat riang-ria memakainya siap letak password tak bagi orang baca message, padahal texted kawan-kawan seangkatan je rofl. kira bila letak password, boleh berangan macam agen perisik :DD




next! hah. bermulalah era memakai handphone sony ericsson. handphone sony memang the best; sebab baling tak pecah, sound dia nice & banyak applications. w700, handphone walkman pertama.. wee hoo. wallpaper phone ni transfer daripada phone v3i, gambar kaki dua budak tengah kissing. bahaha. sweetness.

adik sy, harith.. beli handphone sebijik macam di atas :PP
dia suka kot tengok sy pakai. ekeke


setelah berparty bersama walkman, tibalah masa memandang photography secara serius *tibe-tibe* dengan membeli sony k800i! yeahx!! sangat hype dengan handphone ni, siap macam ada tubuhkan kelab kay-eight-o-o main-main dengan noddy.. HAHA. sebab dia pun pakai handphone yang sama, and kami berdua memang seronok guna handphone ni untuk tangkap gambar. oh lupa nak cakap. ini kamera cybershot pertama yang sy beli ^^v
memang sayang lebih kat handphone ni, sebab passionate nak tangkap gambar.



sambil-sambil pakai handphone di atas, tiba-tiba atas desakan sosial *hoh alasan!*, sy telah membeli handphone yang agak murah ini (samsung sgh-m610) tapi tahan sampai sekarang.. lolx. time tu pakai line celcom.. pastu banyak pulak kawan-kawan yang pakai maxis *dang!* maka telah beli satu starter pack maxis dan mewujudkan active5 termasuklah campuszone dan menggunakannya secara berleluasa.. bahaha.
lama gile ok pakai ni. dari zaman degree sampai ke zaman moden ini (dulu tak moden ke?!! PANGG!!)
lepas tu handphone ni jugaklah pakai dok text dengan crush sy dulu *bf now* .. text merepek-repek kawan-kawan kan. maka agak memorial tun abdul razak di situ.. lolx





taraa!! bila beli ni, terasa pengkhianatan terhadap k800i telah berlaku!!! c902 cybershot wah haha. beli ni sebab k800i time tu macam berkabus, gambar pun dah tak terang. maka kena cari phone cybershot lain untuk menangkap gambar yang crisp!! xD

handphone ni sy namakan 'handphone kegemaran keluarga' sebab adik sy faliq & bapak sy.. dua-dua beli handphone ni jugak! rofl. betapa fondnya kami terhadap handphone ini :P

(handphone ni skang dah bagi kat pakcik. sayang nak jual sebab awesome) ^^v




thennn.. mengada-ngada taik kuda membeli ini pada harijadi tahun lepas. ni kira.. beli tak fikir. dan beli sambil ditipu. HAHAHA. sebab biasa beli kat shah alam.. kenal dah orang kedai tu. ni beli kat kuala terengganu. memang nak beli jugak sebagai hadiah harijadi apakah--- last-last kena tipu. sobs. sony xperia x1!! (pecahkan skrin) lolx. homakaih susah gile nak pakai phone ni. macam pakai komputer kecik!! ambik masa berjam-jam untuk explore! penattttttt. that's it. sangat sedih ni. kena tukar telefon lain :P



dan biasalah.. kita akan ditemukan dengan yang tah apa-apa (note : x1) sebelum kita ditemukan dengan yang lebih baik (note : samsung wave) AHAHA. supaya lebih grateful :P maka inilah handphone yang sy pakai sekarang, bersama-sama dengan samsung sgh-m610.. eh. dua-dua samsung!! lolx. tapi samsung yang lama tu jarang sangat guna. simpan buat kenangan. haha. samsung wave adalah hot, sebab serba cukup (untuk sy, it's more than enough). sebab skrin terang, photo lawa, sound awesome, video kelihatan HD etc etc. memang hotness! xD



maka sekian sahaja tag game berkenaan handphone ini.
sy nak tag noddy.. kalau ko rajin, buat ye! haha. kthxbai!! :)

Sunday, January 30, 2011

makanlah



homaigard.
meriah tak meriah.
ini keluarga sy. keluarga ofis. semuanya suka makan. HAHAHA

(gambar di atas adalah daripada aktiviti makan-makan di rumah timbalan malam semalam)

//

mungkin masih selsema. nasib baik ada ubat :P

harini balik ofis awal. perlukan rehat yang cukup. rasa seronok je sebab semalam tidur awal, harini balik awal.. badan rasa fresh walaupun demam. sikit la.

oklah malas nak taip panjang.
nak buat benda lain. tata!!

Friday, January 28, 2011

flu!

lama tak post video.. haha

so here goes.

sore throat


sy tengah sakit tekak.
sebab tadi macam ada cakap, "bagus jugak demam. dah lama tak demam." hah rasakan ko, wani.. mintak lagi nak demam!! *tempeleng diri sendiri 200 juta kali*
sebab sy ni jenis yang tak boleh cakap, nanti kena balasan on the spot jugak. HAHAHA. macam dulu, bila cakap tak de duit je, lepas tu wallet hilang la, jatuh dalam jamban la.. keji gile lolx

skang menyesal cakap nak demam.

sy secara publicnya menyatakan kat sini.. sy tarik balik kata-kata sy tadi -_-"v

//

so!
sy tak tahu mana nak check markah LNPT sy. sistem HRMIS itu mengconfusekan.. haha. plus, sy tak explore habis lagi. tapi sy sempat baca komen PPP (penilai=timbalan) sy.. dah beliau suh sy baca kan. sy sungguh-sungguh la cakap depan beliau, sy terima markah seadanya, akan berusaha lagi untuk improvement yadayada. memang bajet markah rendah ni sebab tak perform. HAHA *keyakinan diri rendah wa cakap lu, sila tempeleng lagi diri sendiri* :DD tak de, sebab seriously sy rasa banyak lagi sy kena belajar. sy pun pergi baca komen tu; agak positif komennya, beyond expectation ^^v

tu pun tiba-tiba dalam meeting, kak sha (daripada seksyen P&P) ada mentioned nak shuffle ke kewangan (seksyen yang sy duduk sekarang). en fadzil (bos P&P) dah kali kedua ajak sy join seksyen dia.. what the eff. lolx. sy memang teringin masuk P&P, tapi tunggu sy cukupkan ilmu kewangan sy dulu. anak-anak buah pun macam tak nak bagi sy pergi. apekah--- sy yang tah apa-apa ni diorang nak suh stay?! *terharu* tapi macam banyak benda je nak buat. so.

//

eh. lama tak baca blog orang lain. atas alasan busy. haha
nak pergi blog jogging kejap :PP
tata!!

the retirement ceremony

happened on wednesday, malam.
majlis persaraan tuan haji ahmad, pengarah kitorang.
these are few photos that i snapped :)
enjoyx.

petang : persiapan & full rehearsal and stuff.


i was head of the performance's committee, tapi bila dah sampai sana, semua perkara pun boleh tolong ^^v

sempat pulak tu nyanyi 1 lagu atas stage. feeling nyanyi kat hotel kejap :DDD
(hehh diorang yang suh nyanyi!!) :P

hari adalah agak sibuk sebenarnya, sebab kitorang baru habis audit hari tu, maka ada banyak benda nak check. baucar berkotak-kotak *faint* sehelai-sehelai kena check *bangun, faint balik* but what the heck. that's work and what's life without a work kan. lolx

ok sambung :P

malam majlis berlangsung. antara group yang sampai awal :)




huiyo ada kambing panggang x)




dengan kak ida kat meja urusetia.


tak tahu, i prefer it more if i sit there than sitting at the VIP table. bukanlah VIP tak rock.. haha. perkara seronok tentang VIP table adalah ko tak payah bangun bersesak-sesak beratur kat meja buffet untuk ambik makanan. but trust me, bila ko beratur kat meja buffet tu la yang jadi meriah tu, ko boleh say hi kat semorang dan sama-sama berhappening di sana xD (haihs ko ni wani, tak ada VIP material langsung T_T)

tapi kalau tak jadi urusetia, nampak gaya kena join jugaklah meja VIP. rofl.



wani e dengan baju barunya.. ha ha ha.
belakang sy tu meja untuk orang-orang teknikal. tapi mereka sedang biziwizi bekerja masa majlis berlangsung, kosonglah meja itu :P tapi tak pe, awal-awal pukul 7 petang kitorang dah bagi diorang makan dulu :)




meja urusetia yang rocks (meja urusetia yang batu-batu). HAHA




mr MC. wah nampaknya masa depan dalam bidang pengacaraan agak cemerlang skang.. selalu saja jadi MC.. tee hee :)




si muka tulus *konon. ohok*




sketsa. tu si zani sedang menggelupur disampuk hantu gatal (berkenan kat anak tuan rumah. AHAHA)




hoh. sketsa muzikal, ok. jangan main-main. bakat terpendam masing-masing ni :P




yang paling tak boleh blah sebab sketsa ni pakai alih suara.. hahaha. sy suka tengok budak-budak ni buat alih suara kat tepi ni. nampak seronok. xD




koir. haja & syira masuk ini.
hebat punya performance.





ada dikir barat jugak.. yang mencuit hati sebenarnya tapi ayat dia agak mendalam la :)




tuan haji pun ada menyanyi jugak.. 2 buah lagu.
lagu yang first tu sedih, ok *dua-dua lagu pun bunyinya sedih!! sobs* timbalan dah nangis-nangis dah time ni. WE WILL MISS YOU, TUAN HAJI!!




hakim si penangkap video bergabung tenaga dengan hamid si penangkap gambar.
disaksikan pula dari tepi oleh khalida si penjaga hadiah :P




majlis selesai ^^v
mari snap couple shots dengan background bintang-bintang di belakang. HAHA
*tak nampak pun bintang tu dalam gambar.. lolx*


buat event ni penat, tapi puas hati.
lepas tu tapau pulut kuning sikit, rendang sikit *aku pantang ada rendang memang aku tapau HAHAHA* ..balik rumah dekat pukul 12 pastu zzzzzz~

Thursday, January 27, 2011

entry makanan

dari beberapa hari yang lepas.
tentang makanan saja :P

set ayam goreng RFC yang delish x)
macam nak beli lagi je. haha




then makan kat old town. sedap ni, egg noodle dengan bbq chicken.




mine, iced chocolate :)




mee yang diclose-up kan. *drools*




siap ada wantan soup.
hidangan mee ni macam wantan mee kat univ dulu *mengimbau kenangan silam di kafe* HAHA




kak ida.




ehh nampak macam tembam! lolx




syiro makan bland noodle. rasanya seperti makanan di hospital. hoh hoho




haja makan roti saja.
(apa barang ko, haja. sila tempah mee skang!!) :P




haja and i.. yang tembam.. rofl.




gaduh :P

Monday, January 24, 2011

random?

felda residence hotel. lawa eh :)




dinner : megi goreng.



ada tengok photos kat internet, wedding ayu raudhah & zaquan adha. mereka berdua sangat gorgeous!! omg omg omg. haha.

orang cantik kahwin dengan orang hensemness x)




anddd baju rozita che wan jugak adalah gorgeous!! (kaler grey memang awesome weyh tak tahu nak cakap macam mana dah :P) and she's darn pretty, ayte? ^^v



okie dokie cookie.
later.

Friday, January 21, 2011

dedicated to us

wahh langit hari ni cantik! ^^




hari dengan cuaca yang baik macam ni perlu keluar jalan-jalan makan-makan dengan loved one lolx




S.G.P.
(sudu garfu pisau. LOL)
T.
(tisu) *apekah!!*




bagus ni, sambil tunggu makanan sambil buat sudoku. *sy cuba tolong tapi tak berhasil. HAHA*




pizza baru sudah muncul!! *lompat bintang*
nak try, tapi sebab tak berapa nak lapar & pizza ni tak de saiz personal, maka cancelled dan makan perkara lain.




er. dia punya :P
*sorakan padu menyokong niat murni bf untuk memasak. hoyehh!* xD




tempuraness.




movie dovie here we come!!
(haihs susah ni tak de photog nak tangkap gambar kitorang. jadinya i tangkap gambar you, you tangkap gambar i. lolx)




vain shot. dengan muka kedua-duanya dicomelkan. wajib. HAHA




balik semula ke KT. had a few sips (ke gulps??), then balik rumah. xP


and now i'm freakin' tired.
time to rest.
(AND thank you for the awesome date. we both rox! haha)