Friday, January 10, 2025

campur-campur; makan 2024

assalamualaikum and hey! :)

ok entry kali ni campur-campur sikit.
semua pasal makanan. haha

sebab kita nak dump kan semua gambar makanan sini.

sambil-sambil berkongsi cerita.

ni gambar tahun 2024 la, apa lagi.
tahun 2025 tak banyak lagi gambar makanan. hahaha


makan-makan kat serai.


asal-usul tujuan nak makan kat serai seksyen 3, shah alam..
adalah untuk celebrate isz (my husb) baru lepas konvo.
tapi orangnya tengah oustation 😂
maka kami je la yang makan bagi pihak. kihkih


semua ada, kecuali yang diraikan 😂
mama kata tak pe, nanti kita celebrate yang lain.





lepas tu kitorang ada jugak makan kat ikea..
husb, AAs and i.
ye la dah lama tak pergi ikea.
idk either ikea ni masuk ke list boikot??

tapi kami tak de la boikot ikea.
kami mai je makan.

lauk-pauk ikea.. ahaks.



banano makan lasagne.



ada meatballs ikea, chicken wings dan salad ayam.
salad tu husb makan.



sy ambil big breakfast and mushroom soup + garlic bread. yums!



nahh terserempak pulak dengan datuk Dr. shahrazat!


datuk dr. ni adalah my ex-boss yang super baik.
ditakdirkan sebelum jumpa doc tu, sy dok ckp dengan sahabat2 lama..
rindu, lama tak jumpa geng2 BPO.
lepas cakap tu tetiba husb ternampak doc! haha.


ni pulak time cuti sekolah hujung tahun haritu, angkut AAs pi ofis.
bawak pi breakfast bawah pokok.



tengah hari, bawak diorg makan kat food court alamanda.



my usuals, chicken dumplings. now dah ada kat food court alamanda.
food court IOI pun dua2 ada kedai chinese muslim ni. bahagiaaa. ahaha~



ini, masak western sendiri kat rumah.


ye, sy ni masak kat rumah.
but recently tak berapa rajin dah, bukan hari2 la masak.
may be sebab balik kerja tu kemalasan menjelma.
then banyak benda lain nak kena buat.
time2 nak masak, maka masaklah kita.



ayam bakar dalam oven. sayur stim dan grill atas pan. kentang hiris nipis dan goreng dalam air fryer. bapaklahh rajin betholll 😂






ni pulak time rehat jugak, bawak AAs makan kat texas.


 
husb belanja kat restoran vietnam, myviets. sini sedap!



this was my plate from myviet.



me @ myviets. cantik sebab ada pokok2 kat luar.



me, meniru ariana senyum. dia suka laaa senyum gini, tak tahu kenapa.
bukan dia je, kawan2 dia semua senyum macam ni.



hahaha kan dah cakapp.



ni time husb belanja ikan bakar kat zam ikan bakar, cyber.



cer teka kat mana??


yesza, ni restoran nama cubee, kat cyber jugak.
time datang tu, aircond rosak.
panas ye.
so kitorang cari tempat duduk bawah kipas.





ordered cheesy loaded fries for AAs.



husb and i ambik hidangan yang sihat sikit. kikiki






us, at cubee.


dah, habis dah kisah makanan tahun 2024 😁

kenduri-kendara di penghujung 2024

assalamualaikum and hi! :)

salam kenduri-kendara! haha


macam biasa, selagi tak habis kisah-kisah 2024 dalam blog ni,
kita akan tetap gigih upload kisah-kisah 2024😝

tapi tak mengapa,
sebab ni dah kisah bulan disember.
kejap lagi, tamatlah kisah 2024 tu. dan sy boleh menarik nafas lega. hahaa

seperti tajuk,
kali ni kita nak bercerita tentang kenduri.
hujung-hujung tahun biasalah kan, kenduri di sana sini.
orang tengah mode bercuti gitu (walaupun kerja pejabat masih onz macam bukan hujung tahun).


7 disember 2024 (sabtu)

mari mulakan dengan kenduri nikah anak ex-boss sy, dato' khidir and wife, datin ruzaimah.
kedua-duanya sangat baik dan humble.
dato' k yang sy kenal masa bekerja dengan beliau dulu,
seorang yang sangat knowledgable dan tak pernah lokek dengan sesiapa.
bab makan memang tak berkira.

jadi untuk kenduri akad nikah anak dato' k, syahadah dan arif,
kami anak-anak fruit ni dapat jemputan juga.. alhamdulillah.

disebabkan husb tengah mode bz beroutstation,
maka sy hangkut AAs ke kenduri.. haha.

fuh satu pencapaian jugak ni dapat meja 😂


sy kata 'pencapaian', sebab sebelum ni pernah datang kenduri open house di rumah dato',
ramaiii umat manusia. last time dapat juga meja, tapi menunggu sekejaplah.
so this time sy expect yang sama.
tapi, kejap je dapat mejanya. alhamdulillah sangat.


makanan tak pernah mengecewakan.


terjumpa sahabat lama BPO, jannah.
jannah baru balik malaysia, kerja dengan XXX.


sampai ke balik ha, siap makan cendol.
ni semasa jalan ke kereta. kita saja park jauh sebab tak nak jem depan rumah dato'. haha


next!

14 disember 2024 (sabtu)

seminggu kemudian (macam ayat buku cerita pulak 😂),
kami sekali lagi ke kenduri kahwin anak dato' khidir dan datin ruzaimah.
hari tu akad nikah, hari ni resepsi.
majlis di klana resort, seremban.

kami memang dah plan nak datang awal sikit.
sebab expecting ramai tetamu. dengan nak cari parking lagi kan.

so alhamdulillah.
parking dapat (lepas kena pusing balik satu kali.. haha),
meja pun dapat kat dalam dewan.


bukti hadir. lolx


konsep berhidang.


disebabkan sy ni ada aura-aura foodie gitu 😆,
sy terpanggil untuk review makanan kenduri yang sedap ni!

satu meja ada 8 kerusi.
konsep lauk melayu berhidang.
so kat meja tu dia pecahkan jadi 2 bahagian.
setiap 4 kerusi dapat 1 set hidangan, macam dalam gambar.
jadinya 1 meja akan ada 2 set.

nasi minyak,
daging masak apa eh macam kerutub je, tapi sedap laaa.
ayam golek dah siap potong,
terung tumis berlada,
masak lemak udang dengan kulat/cendawan hitam,
daging masak lemak kuning (salai?) dan
buah lai sira kot.
betapa specialnya lauk!

tu belum cerita kat luar dewan ada stalls..
ais krim, apam balik, cucur, kuih-muih.. apa lagi eh, lupa dah 😂


nahh terjumpa pulak ex-boss yang sangat la baik, hj. shahrom dan wife.


hj. shahrom ni dulu pengarah kami semasa di PPN Terengganu.
orangnya sangat la baik.
housemate my husb jugak sebab dulu masing-masing anak perantau.. family kat KL/selangor.
hj. dapat rumah kuarters banglo (bos kan).. tinggal sorang.
rumah besar gile, laman rumah pun sangat luas.
so husb ai menumpang la rumah kuarters tu.
tinggal la mereka berdua sebagai housemate.. haha. comel je kan.


last but not least, bergambar dengan tuan rumah.
datin ruzaimah tak de time ni kat depan, ada dato' khidir je.
so kita snap snap laju-laju sebab ramai gile tetamu nak jumpa and bersalaman dengan dato'.


wedding favours (goody) pun dapat,
iaitu cookies & popcorn untuk kanak-kanak.
sedaplah semuanya!

thank you, dato' k & datin! :)


22 disember 2024 (ahad)

next wedding!

kali ni berlokasi di wilqadry grandeur hall,
conezion IOI.

ni adalah majlis akad nikah, bersambung terus ke kenduri kahwin..
anak jiran mak/MIL. jiran tu jugak cousin kepada arwah FIL, tak silap.
majlis aina dan sadiq (i ols tak kenal pengantin, tapi meneman la MIL and siblings in law pergi).

tema biru. so sauk je apa yang ada and cantik dalam almari, berwarna biru. haha!

cantik tak we ols ^^ husb, mak, me.


ariana and nenek bedah (MIL).


us. time-time ni la nak dress up.
biasanya acik ni sememeh je. lolx


si banano ni nak kita stylekan tudung shawl dia gitu gini.
siap cari kat tiktok. ingat mama you ni stylist ke hape. hahaha


disebabkan tempat ni cantik and macam taman bunga,
kita snap snap la sana sini. buat macam rumah sendiri ye 😂


since ni majlis akad nikah, so kitorang dah sampai awal pagi around 9-9.30am macam tu.

tapi majis around 10.30 am kot. so duduk-duduk je la dulu.

with the son, anaqi.



anaqi and his cous, tuah abrisam.
cousin dia ada 2 nama tuah. sorang lagi tuah andra. hihi


hj and hajah. aamiin. hihi


suasana di dalam hall. kecil je hall dia, tapi muat la semua.
so beautiful ^^


so selamat pengantin baharu to all newly weds!

semoga barokah dan saling la lovey dovey antara korang sehingga ke akhirnya.
forevah and evah gitu. 💍💎

(tqq jugak jemput!!)

Thursday, January 09, 2025

dinner PUSPANITA JPM 2024

assalamualaikum and hey, 2025! :)

bersiaran lagi kita dalam kes mengimbau kisah lalu. hahaa
ni dinner PUSPANITA JPM 2024 yang lepas.
majlis diadakan pada 13 disember 2024.

sy sebelum2 ni sebenarnya tak rajin nak join dinner.
sebab bila ada dinner, kena berdress up bagai.
plus i ols ni ala2 introvert yang tak berapa reti nak mingle sana sini LOL
cuma sy sorang intro yang suka suasana meriah ramai orang.. camne tu? sangat clashed kan 😂

but since dah masuk PUSPANITA and berjawatan di PUSPANITA,
tetiba rajin la pulak join 😂
setakat ni, ni dah kali keempat kot sy join dinner.
and i went for the sake of food. and nasib baik la ada geng jugak meneman.


us, from PCK JWP. say hi!!


PUSPANITA ni pada sy banyak menyemai persahabatan.
selain daripada banyak kena deal dengan datin seri, datin, isteri2 bosses/orang kenamaan.
so kena behave lah kamu di situuu. hihi

so tema dinner kali ni adalah tradisional malaysia.

jadi boleh la pakai apa sahaja pakaian kebangsaan daripada pelbagai bangsa.


menu. nampak kemalaysiaan di situ kan!



lauk-pauk. udang selalu nampak paling sedap,
tapi lauk yang paling sikit sy dapat jamah (due to allergy).



untuk tema dinner kali ni, sy memilih baju ala punjabi.
baju ni nama kurti. nampak merah, tapi sebenarnya berwarna plum.



kalau awak berbusana extravagant, awak berpeluang naik ke pentas
sebagai top 5 best dress. macam yang di depan ni la 👏


pn azwani (3 dari kiri), our setiausaha,
selalu dapat naik pentas untuk best dress.
kalau tak nombor 1, dapat nombor 2.
pusing2 tu je la nombornya. hahaha.
sebab baju dia biasanya the vastt sangat!

ni pn azwani dah pindah ke KPK*T, makanya tak dapatlah berdinner lagi dengan beliau.
boo hoo.


with pn eca. partner in crime. lolx



mel, pn renny, engku azura.



pn azwani, roslin.
diorang tunjuk door gift yang JPM bagi; korean brooch. lawa! bekas pun cantik.



geng PPj.

 

so this year, sy jadi AJK pendaftaran.
sekali kena sediakan nombor cabutan bertuah.
kita sediakan nombor, tapi kita tak dapattt. haha. tak de rezeki cabutan kali ni.
may be next time. kikiki

biasanya dinner ada persembahan, cabutan bertuah, best dress dan makan-makan.

cumanya persembahan tahun 2024 tu tak de artis.
yang ada artis kombo daripada JPM saja.
like sebelum ni, diorg jemput jamal abdillah.
mungkin kurang bajet dah.
but mengharap juga la kalau ada artis.
macammm sheila majid ke (woww), hael husaini ke (woww), KRU ke (mujurrr kalau KRU datang!!) dan lain-lain. ahaha. artis baharu, akak tak berapa kenal dik. ramai sangat :P

so begitulah dinner kitorang tahun sudah.

tahun ni?

sy baru plan nak step down dan jadi rakyat biasa.
harap termakbul la doa dan hajatku. hihhii

toodles!!